»

Tuesday, January 20, 2009

Tregedi Tanah Susur

Ngengggg….ngeenggg…. eeeeeeeee…. Woooooooo…. Huuhhh bek jua nda telangar. pada jam 5.25 minit pagi bertolak dari rumah untuk bekerja, jalan punya jalan rest lagi kreta atu brabis biasa kelambatan dah, jalan lagi syok macam jalan roller coster dilereng-lereng bukit. Semasa perjalanan selepas tanjung skali ku liat jalan ani jadi utan dah, rupanya tanah susur dari bukit sampai menutupi jalan raya. Tu nah gambarnya dibawah ah


Jalan raya di kawasan perkampungan Ayer Berkunci berdekatan dengan Kampong Setia 100% di tutupi oleh tanah susur dari bukit berdekatan, menurut informasi kejadian ini bermula pada jam 2 pagi yang mana menutupi separuh dari jalan berkenaan akan tetapi bermula pada jam 5.00 pagi tanah ini mulai menutupi jalan raya sehingga tidak dapat dilalui kenderaan



Dari Sudut Berbeza


Kelihatan tanah masih susur kebawah menutupi jalan raya dengan perlahan.



Pada jam 9.00 pagi, bantuan dari pihak tertentu bagi telah tiba seterusnya kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan. Kerja-kerja membaik pulih mengambil masa selama 2 jam lebih.


Kerja-kerja pemulihan sedang rancak dijalankan dari pihak2 tertentu termasuk JKR, BOMBA dan tidak ketinggalan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk menghalau pernyangat tabuan yang bersarang di pohon pokok yang hampir2 turut hanyut bersama tanah susur tersebut.


Malang sekali, setelah selesai separuh dari jalan yang ditutupi tanah tersebut, tanah dari bukit itu runtuh dengan drastiknya menyebabkan separuh dari mesin Kobelco tertimbus tanah dan tidak dapat berbuat apa-apa tindakan dan ianya juga menyebabkan robohnya sarang tabuan, keadaan menjadi panic. Nda pulang sampat ambil gambar tym panic ah. Terpaksatah menunggu lagi mesin bantuan yang lain.


Kelihatan deretan kenderaan termasuk bas sekolah terperangkap dalam kejadian tersebut, kesihannya tidak dapat berpatah balik memandangkan tanah sebelum tempat kejadian itu juga runtuh secara mendadak dan juga adanya kesan retakan jalan raya yang dianggarkan akan terputus dalam jangka masa terdekat.

No comments: