Sunday, September 20, 2009
Pantun Raya
Dalam tak sedar ia pergi
terasa pantas Ramadhan berlari
Harapanku agar ketemui lagi
Ramadhan muncul untuk sekian kali
Kembang mekar di awal pagi
mawar sendirian berteman duri
Ramadhan kini kian pergi
Syawal pula semakin hampiri
Terasa sayu selubungi hati
kau merangkak berlalu pergi
mampukah aku bertahan lagi
sesungguhnya aku pun tak pasti.
Sinar Syawal menyinari
setiap jiwa kudus insani
menadah tangan mengadap ilahi
ku pohon hidupku dirahmati.
sayup-sayup takbir bergema
menghilang ramadhan syawal menjelma
kumohan maaf kepada semua
kalau ada salah bahasa
salah dan silap tentulah ada
kerana kita insan biasa
bermaaf-maafan sesama kita
ukhuwah terjalin untuk selamanya
Genap sudah sebulan berpuasa
tibalah kini nak sambut hari raya
Marilah kita bersyukur ke hadrat yg esa
Atas kurniaan rahmatNya
gema takbir di pagi raya
hati sayu tambah gembira
bersyukur tanda ingat pada Nya
itulah cara paling mulia